Salam blogging kawan ucapkan kepada para pembaca blog kawan ini. Dalam 'post' yang kedua ini kawan bukanlah ingin ingin menulis tentang sejarah. Walaupun gambar di sebelah ini berkaitan dengan sejarah. Gambar tersebut kawan ambil ketika melawat Kota Ngah Ibrahim bersama bonda dan bapa kawan di Port Weld(Kuala Sepetang). Al-fatihah kepada arwah Ngah Ibrahim.
Kawan terasa sedikit tidak setuju dengan sikap seorang rakan kawan ni, bukan apa cuma tidak berasa sedikit terkilan dengan sikapnya. Mungkin post untuk kali ini adalah luahan hati kawan.
Ceritanya begini, rakan kawan ini dahulunya seorang yang agak ceria dan rapat dengan kawan, tetapi sejak seminggu dua ini karektanya telah banyak berubah benar. Cubalah pembaca budiman fikirkan, berselisih tiada bertegur dan tiada pula terukir senyuman di bibir. Tidakkah itu suatu petanda yang tidak baik?
Setelah beberapa hari adalah kawan ajak berbincang secara terbuka denganya sesudah menunaikan solat maghrib. Maka kawan pun tanyakan kepadanya tentang kebatasan komunikasi kami( bukan shj dengan kawan, tetapi beberapa rakan-rakan kawan juga dilayan olehnya sebegitu). Pada mulanya rakan tersebut menjawab tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tetapi setelah didesak, cuma ini yang keluar dari mulutnya ' aku rasa, aku tak perlu cakap, sebab tiada keperluan ' kurang lebih begitulah. Tetapi selepas itu , terukirlah juga senyuman di mulutnya.
Tetapi hati kawan mengatakan "mesti ada sesuatu yang berlaku antara kami ni". Perasaan tidak puas hati, mungkin? Ataupun ketidak serasian, dan sebagainya. Tetapi yang paling kawan kesalkan ialah kawan telah membuka pintu bagi menyelesaikan permasalahan ini, tetapi tetamu tersebut tidak mahu masuk ke dalam rumah kawan ini.
Bukankah rasul telah bersabda " قل الحق ولو كان مرا" yang bermaksud katakanlah yang benar walaupun ia pahit. Menjadi persoalan di sini mengapakah susah benar manusia itu mahu berkata suatu yang benar. Mengapakah umat Islam sekarang tiadak mahu menegur perbuatan saudaranya yang salah itu. Bukankah AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR ITU suatu tuntutan dalam Islam. Jika perkara ini terlaksana Insya-Allah segala kekurangan yang ada pada setiap individu itu dapat dibaiki.
Cubalah kita renung-renungkan kerana kita telah dikurniakan akal untuk berfikir. Firman Allah Taala "أفلا تعقلون". Mungkin kita telah melupai sejarah bahawa keruntuhan empayar-empayar besar, adalah kerana kerosakan akidah dan iman. Contoh yang masih lagi dapat kita lihat pada hari ini ialah kemusnahan negara-negara Arab. Walaupun bilangan umat Islam di dunia ini melebihi agama-agama yang lain, namun kita tetap ditindas. Lihat sahajalah yang berlaku di Palestin begitu juga di Patani Thailand. Mungkin ini adalah implikasi apabila UKHUWAH ISLAMIAH dalam kalangan umat Islam semakin luntur.
Pernah ayah kawan berkata kepada kawan, jika pada suatu masa dahulu kita pergi ke masjid, apabila bertemu sahaja dengan penduduk di qoryah tersebut mereka akan memberi salam dan bertegur sapa dengan kita, dan jikalau kita adalah orang luar, mereka akan bertanya hendak ke mana kita ini. Tetapi sekarang ini jangankan hendak bertegur sapa, bahkan senyuman yang tidak perlu keluar modal pun susah hendak diukir di bibir. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang-orang awam tetapi mereka yang berpengetahuan agama sendiri. Situasi ini amat berlainan dengan paderi-paderi Kristian yang amat menjaga kebajikan anak-anak buahnya. Sama-samalah kita renungkan keadaan kita ini. Sekian.

No comments:
Post a Comment